Saturday, 24 November 2012

Aku Datang


Ingat Mati...


Ya Allah.., berikan aku penyelesaian...

Akhirnya, aku akur dengan kata hatiku, peri ke Londang, Masjid Tanah untuk berjumpa dgn Fikri, cucu Arwah Hj Said..
memandangkan selepas accident dahulu( sekitar tahun 1994 ) aku tergelincir tulang belakang yang sama, aku sembuh dengan rawatan alternatif hj Said, maka aku pergi juga .. walaupun sekadar cucu beliau, siapa tahu sejuk tangan anak muda tu bole sembuhkan aku..
memang terasa senak dan sakit masa rawatan dibuat tapi perubahan positif mula aku rasai selepas rawatan tu... aku sudah boleh solat berdiri walaupun hanya bacaan wajib sahaja namun perubahan tu memang sangat positif.. rasa menjalar sepanjang kaki kiri pun berkurangan, rasa lenguh dipinggang pun semakin berkurangan.. jalan pun semakin jauh langkahnya... sykur pada Allah..., aku ingin sembuh seperti dulu, menjalani rutin2 harianku dengan sempurna... aku sudah lama tidak mampu menari, bersenam berjogging dan sebagainya...
gelinciran ni sebenarnya kali yang ke tiga dalam sejarah hidup aku.. sebelum ni aku sembuh sepenuhnya dengan rawatan Hj said itulah... ( ms tu arwah ayah masih ada.) kali ketiga ni, hati aku kuat mengatakan sebabnya adalah kerana mengangkat pasu bunga sebesar tempayan dara tu... Aku benar2 mengharap, merayu dan memohon pada Allah... sembuhkanlah aku.... Betapa keinsafan, taubat dan kekesalan atas kesilapan, dosa2 dan kekurangan dalam ibadahku padaMu Ya Allah menguasai diri..., Sembuhkanlah aku Ya Allah.. Sembuhkan lah aku.... dlam setiap sujud setiap doa yang kurafakkan padaMu Ya Allah.... berikanlah aku peluang menebus segala kekurangan, segala dosa dan segala silapku di dunia ini ...

Saturday, 17 November 2012

Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal

Hanya satu suntikan, cakera tergelincir (slipped disc) anda akan mengecut dan anda tidak akan rasa sakit lagi. Malah rasa sakit yang menjalar turun kekaki cepat sembuh hanya selepas beberapa jam selepas suntikan. Menarik bukan? Bagi anda yang mengidap sakit belakang yang berpunca dari cakera tergelincir atau stenosis spina , anda perlu baca artikel ini kerana kaedah rawatan suntikan (tanpa pembedahan) terbaru ini dikenalpasti amat berkesan.

Rawatan ini dinamakan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal Secara umumnya kaedah haba radiofrekuenci digunakan untuk mengecutkan cakera yang tergelincir.Bagi mereka yang takut atau ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tulang belakang, maka rawatan suntikan ini merupakan pilihan yang paling tepat.Kajian terbaru dijalankan di HUSM mendapati rawatan suntikan ini mampu memberi kejayaan sehingga 90 peratus.Satu angka yang belum pernah dicapai dalam sejarah rawatan kesakitan tulang belakang.

Apakah itu Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal(Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression)?

Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal ini menggunakan kaedah haba radiofrekuenci untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Sebatang jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir. Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan dengan serta merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun kekaki.Kaedah ini hanya mengecutkan sebahagian kecil cekera yang bermasalah, oleh itu ia tidak akan mengganggu kestabilan tulang belakang.



Sakit belakang yang bagaimanakah sesuai untuk kaedah rawatan ini?

Sakit belakang yang disebabkan oleh cakera tergelincir (orang muda) atau stenosis spinal(orang berusia) yang terpilih.Biasanya sakit dalam kedua keadaaan ini pesakit akan mempunyai gejala sakit belakang yang menjalar turun kekaki.

Bagaimanakah procedur suntikan ini dilakukan?

Procedur ini dilakukan dalam dewan bedah dibawah kawalan mesin Xray.Anda dikendaki baring meniarap atas katil bedah sepanjang suntikan dilakukan yang mengambil masa hanya setengah jam.Suntikan ubat bius setempat dilakukan pada kulit belakang anda sebelum jarum radiofrekuensi dimasukkan terus kedalam cakera pada tulang belakang anda.Anda tidak perlu risau akan rasa sakit kerana ubat bius setempat akan ditambah jika perlu.Anda akan sedar dan perlu berinteraksi bersama doctor semasa suntikan dilakukan.Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan menghalang dari kesan sampingan yang tidak dikehendaki.

Adakah saya akan rasa sakit selepas prosedur dan apakah hasil yang dijangkakan?

Kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa sakit yang signifikan selepas suntikan kerana jarum yang digunakan kecil dan hanya satu atau dua tempat suntikan dilakukan. Malah semasa haba disalurkan kedalam cakera (disc) kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa kesakitan. Kebanyakan pesakit memberikan hasil kelegaan besar yang dramatik, iaitu dalam masa satu hari selepas suntikan dilakukan.


Apakah kesan sampingan suntikan Rawatan Pengecutan cakera Radiofrekuensi Intradiskal ini?
Tidak ada apa –apa kesan sampingan jika ianya dilakukan oleh doktor yang mahir.Tapi ia boleh mengundang beberapa masalah yang serius jika dilakukan oleh tangan yang tidak mahir, seperti kerosakan akar saraf, jangkitan kuman pada cakera, cakera pecah, perdarahan dan sebagainya.

Apakah procedure suntikan lain yang hampir dengan kaedah ini dalam merawat cakera tergelincir?

Kaedah suntikan nukleoplasti, kaedah suntikan dalam cakeran ini hampir sama tapi tidak serupa dari segi prinsipnya.Kaedah nukleoplasti menggunakan jarum yang lebih besar yang di tujukan pada tengah cakera (nucleus proposus) tapi rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intaradiskal menggunakan jarum yang lebih kecil yang tujukan pada tempat yang berbeza. Selain dari itu, kos rawatan suntikan nukleoplasti adalah jauh lebih besar dan peratus kejayaannya lebih rendah. Kaedah lain yang hampir sama dengan teknik rawatan ini ialah IDET dan Intradiscal Laser Disc Decompression.Tapi kedua-dua teknik ini hanya memberi kejayaan daalam 50-60 peratus.

Tentang Sakit Belakang Aku

Sakit belakang pinggang boleh berpunca daripada beberapa sebab. Sebab paling kerap berlaku ialah sakit urat yang dikenali sebagai muscle sprain atau strain. Biasanya keadaan ini berlaku jika kita membuat kerja berat atau pergerakan melebihi julat biasa.

Sakit biasanya sederhana atau boleh juga menjadi teruk. Apa yang pasti, semua sakit ini akan beransur pulih dalam masa satu minggu dan berkesan dengan memakan ubat penahan sakit biasa seperti celebrex dan ponstan. Tapi jika sakit berlarutan hingga lebih dari tiga bulan, ada kemungkinan anda mengalami penyakit tulang belakang yang lebih serius.

Penyebab utama sakit belakang yang kronik ini ialah sakit sendi faset, cakera tergelincir (slipped disc), tulang belakang tersumbat (spinal stenosis), sakit discogenic, sakit sendi pinggul (sacroiliac joint) dan lain-lain. Jika anda mengalami sakit belakang yang rasa turun ke kaki terutama jika berasa seperti mencucuk atau renjatan elektrik, besar kemungkinan anda mengalami sakit cakera tergelincir atau spinal stenosis pada tulang pinggang anda.

Perbezaannya, cakera tergelincir lebih kerap berlaku pada orang muda dan spinal stenosis pula lebih kerap berlaku pada orang berusia 50 tahun ke atas. Biasanya (lebih 50 peratus) sakit cakera tergelincir ini tidak datang sendirian, kerap kali ada sakit secondary lain menyusul pada masa sama seperti sakit sendi faset atau sakit sendi pinggul. Ini akan menambah rasa sakit dan ketidakupayaan untuk bergerak.

Jika sakit anda mula berjangkit pada eher, itu tidak pelik kerana penyakit cakera tergelincir dan faset memang kerap berlaku pada leher atau pinggang. Biasanya kedua-dua bahagian ini berlaku serentak, cuma salah satu lebih ketara. Ini disebabkan tengkuk dan pinggang
merupakan bahagian tulang belakang yang paling banyak bergerak, maka lebih cenderung berlaku proses penuaan disebabkan oleh proses 'wear and tear'.

Siasatan MRI boleh memastikan penyakit cakera tergelincir di samping menilai darjah keterukan penyakit tersebut. "Disc protrusion" atau "extrusion” bermakna cakera tergelincir yang serius, manakala “disc bulge” tidak memberi makna apa-apa yang serius. Kalau ada
“spondylosis”, itu hanyalah istilah umum untuk merujuk kepada proses penuaan yang berlaku pada tulang belakang.

Istilah ini tidak menolong dalam merawat pesakit secara tepat. MRI juga penting untuk mengagak peratus kejayaan jika anda memilih rawatan suntikan Radiofrequency yang saya lakukan sebagai opsyen kepada pembedahan. Suntikan Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression (IDRFDD) ini bertujuan untuk mengecutkan disc yang tergelincir agar masuk ke dalam semula.

Secara umumnya jika sakit yang turun ke kaki masih di peringkat sederhana (ubat makan berkesan) dan boleh dibawa berjalan (tapi terbatas) kejayaan melalui rawatan suntikan Radiofrequency boleh mencapai 80 peratus. Tapi jika ada penyakit sendi faset, adalah perlu rawatan pada masa sama kerana gejala kedua–dua masalah tulang belakang ini berkait dan mirip antara satu sama lain.

Anggaran kos rawatan Radiofrequency sekitar RM3,500 hingga RM10,000 dan turut bergantung pada beberapa faktor. Berapa banyak diagnosis sakit belakang yang ada, di hospital mana suntikan itu dibuat, sama ada anda memiliki polisi insurans atau tidak dan berapa hari anda masuk wad turut menentukan jumlah kos yang perlu dibayar.

Friday, 16 November 2012

Luahan Ku



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEib2jA9gBTjNgIwrJa8q-bdpyQbIGoAuEMcr7RC6xEYaNocYbDfEd5PYSSIggbeC-GGvboQiSr1vDppPXtz12kupyktI46Pzf3VJWaSuNY3Zu5xFw0yDHyOWMR7fbkr9UCwhluHwZ9TSOc7/s1600/spine_cervical_anatomy.JPG 

Saya  mengalami masalah pada belakang sama bermula dari rasa lenguh, kebas, penat pada bahagian pinggang, belakang dan kaki kiri....

Tertanya2, apakah slipped disc (sakit belakang) saya berulang lagi?

Sebenarnya bagaimana terjadi slipped disc (sakit belakang) tidak dapat digambarkan dimana mulanya...., yang saya inagt..
selepas accident pada tahun 1992 dulu, dah buat rawatan hospital dan alternatif.., 
Rasa macam dah baik., tapi selepas forcep anak sulung, ia berulang lagi.., 
dan lagi selepas operation anak kedua...
dan lagi selepas operation anak ke 3...

Kesakitan paling teruk pada bulan Julai yang lalu, sampai xboleh bangun.., lepas dapatkan injection dari klinik swasta, xhilang sakit.. terus dapatkanb rawatan di hospital Trendak..., Kene warded, boringnya...

duk seminggu, balik rumah, pastu tunggu MRI....
selepas MRI tu, jiwa dan hati serta semangatku rasa TERHENTAK...

DUGAAN apakah ini Ya Allah...... PASRAH>>>> nak buat camana., Allah menduga kita dengan dugaan yang kita mampu menanggungnya.....

SAH .....>   PID : Prolapsed Intervertebral Disc!!!  Patutlah sakitnya menyentap2, sampai menangis aku menahannya...

CERITA KISAH PID NI MACAM NI :-

cakera tersebut bukan terkeluar dari susunan tulang belakang tetapi terbonjol ke arah saraf tunjang. Kata dr,  apabila umur kita meningkat dan badan kita lemah, ia memudahkan bahagian yang lembut itu mengembung.Tulang belakang merupakan bahagian penting untuk menyokong badan.
Kecederaan pada tulang belakang akibat terjatuh, kemalangan, kerja fizikal yang berat dan peningkatan usia akan menyebabkan kita mengalami sakit belakang.Kebiasaannya penghidap sakit belakang diantara umur 30 dan 50 manakala penghidap vertebra servikal iaitu di sekeliling leher biasanya di hidapi dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun.
Tetapi ia juga boleh menyerang mereka dalam lingkungan umur 30 ke 50 tahun bergantung kepada aktiviti yang mereka lakukan.Apabila disc terkeluar, akar saraf (nerve roots) akan terjadi himpitan dan menyebabkan rasa sakit atau kebas pada hujung saraf iaitu tapak kaki, kaki, betis, paha atau pinggul.
Disc yang terkeluar kerap terjadi kepada mereka yang berumur kurang dari 55 tahun. Ia kerap terjadi apabila selepas seseorang itu mengangkat barang berat, jatuh terduduk atau mengalami kemalangan yang melibatkan tulang belakang, posisi badan yang tidak betul, otot yang lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang belakang.

itulah sakitnya aku sekarang ni.., Semakin hari semakin teruk., semakin terbatas pergerakan aku...
macam2 alternatif aku dah lakukan...., Nampaknya terpaksa akur dengan cadangan dr untuk operation.., Kalau aku setuju bulan Julai tempohari, mungkin sekarangni aku dah sihat da....

Ya Allah, berikan aku kesempatan untuk terusbernafas dibumiMu lagi Ya Allah....


Thursday, 15 November 2012

kELEBIHAN BULAN MUHARAM

Kelebihan Bulan Muharram

*

1. Bulan Muharram ialah bulan pertama dalam kalendar hijriah.

2. Bulan Muharram adalah salah satu dari pada bulan-bulan Haram.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (At-Taubah: 36)

Nabi saw. bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Larangan untuk melakukan maksiat adalah lebih keras dibanding bulan-bulan lain.


Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di BULAN-BULAN HARAM .

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Puasa yang paling utama sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa di bulan Muharram". (HR Muslim no. 1163)





Link pilihan :

Selawat Syifa...


Wednesday, 3 October 2012

Sekolah Konsep baru di Malaysia

Di Malaysia  terdapat pelbagai jenis sekolah berkonsep baru yang disisipkan dalam sekolah sedia ada:

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI:
Sekolah ini mempunyai etos, watak dan identiti yang unik dan berdaya maju dalam segenap bidang pendidikan.

SEKOLAH KLUSTER:
Pusat  kecemerlangan (dalam satu kelompok sekolah) yang mengkhusus kepda niche seperti muzik, sukan, ICT, bahasa dan bidang  lain berkaitan pendidikan.

SEKOLAH BESTARI:
Institusi pembelajaran yang  secara sistematik melalui proses pembikinan semula dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (pemberatan kepada ICT) dan meaambah baik proses pengurusn sekolah.

SEKOLAH WAWASAN:
Sekolah pelbagai Aliran (SK, SJKC, SJKT) yang berkongsi kawasan dan kemudahan tetapi mengekalkan perbezaan pengurusan sekolah masing-masing.

SEKOLAH PREMIER:
Sekolah yang berusia lebih 100 tahun yang telah dipilih dan dianugerahi sebagai Sekolah Kluster ekoran kejayaan dan pencapaian akademik dan bidang  kokurikulum.

SEKOLAH PINTAR:
Kerjasama  di bawah pertanggungjawaban sosial yang digerakkan oleh syarikat pegangan kerajaan (GLC) dan perbadanan untuk menggalakkan kecemerlangan , terutamanya sekolah yang kurang berupaya di seluruh negara.

SEKOLAH AMANAH:
Sekolah yang bersama-sama diuruskan oleh pihak swasta dan awam untuk memperbaiki pencapaian sekolah dan hasilan pelajar, merentasi semua pencapaian, sosio ekonomi dan dimensi demografi.

DASAR NKRA DAN KSSR

Salam, jom cerita pasal dasar sikit...
1- Dasar NKRA - tentang LINUS di mana murid-murid linus didedahkan P&P secara modular, terasnya seiring dengan KSSR apabila KSSR diperkenalkan tahun 2011, Adakah kita semua faham apa itu modular..?
2- Dasar KPM tentang KSSR - murid-murid tidak menduduki sebarang ujian, mereka disaring untuk mengenalpasti dimana kelemahan mereka. Bila akhir tahun ramai guru yang sibuk nak buat streaming ke tahun 2.

Isu :
1- berapa ramai guru LINUS yang benar-benar mengaplikasikan P&P secara modular terhadap murid2 LINUS kita?
2- saringan murid dijalankan sepanjang tahun, itu lebih berkesan untuk kita stream murid kita tanpa perlu ujian akhir tahun.

Persoalannya : Kenapa sebahagian guru-guru kita benar2 nak mencabar dasar dan meletakkan sekolah dalam risiko...?
 
Mencabar Dasar NKRA bermaksud, tetap nak melaksanakan ujian akhit tahun untuk tujuan streaming...
Pada saya, itu SANGAT TIDAK PERLU., sebab murid kita ditaksir hampir setiap hari... kita tau kemampuan murid kita, kenapa nak susah2kan diri sampai berselisih faham dengan rakan2 guru disebabkan kita nak jugak melanggar dasar?

Kene fikir, tindakan kita tu meletakkan sekolah, pentadbir dan penyelaras dalam risiko?

Jangan pentingkan diri sendiri...

Sunday, 30 September 2012

Intipati Bajet 2013

  1. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM 25,000 bagi pemegang lesen dan RM 500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
  2. Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
  3. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
  4. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  5. Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM 300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
  6. RM 3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
  7. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM 1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumburan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
  8. Penyediaan dana sebanyak RM 1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
  9. Industri halal
  10. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM 200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
  11. Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.
  12. Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.
  13. Petani, nelayan dan penjaja kecil
  14. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM 5,000 dengan peruntukan RM 16 juta setahun.
  15. Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.
  16. Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM 200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM 100,000.
  17. Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM 2.4 bilion diteruskan.
  18. Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM 13,000 kepada 172,000 pesawah.
  19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
  20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
  21. RM 9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
  22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM 1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
  23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM 20 juta.
  24. Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings ( RM 9.9 bilion ) daqn IHH Health Berhad ( RM 6.3 bilion ).
  25. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM 300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
  26. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
  27. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
  28. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
  29. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM 400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM 4.0 bilion hingga RM 6.0 bilion.
  30. RM 100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
  31. Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM 200 sebulan.
  32. Elaun wataniah dinaikkan dari RM 4.00 sejam  kepada RM 7.80 sejam.
  33. Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuan one-off  RM 1,000.
  34. Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM 15,000.
  35. Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
  36. Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.
  37. Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.
  38. Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.
  39. SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan ( 5,000 anggota ).
  40. Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM 200 juta.
  41. Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM 150 untuk lima tahun dan RM 80 untuk dua tahun.
  42. Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.
  43. Sebanyak RM 100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.
  44. Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.
  45. Rebat kepada belia ( 21-30 tahun ) RM 200 untuk pembelian telefon pintar 3G.
  46. Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah        RM 3,000.
  47. Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM 10,000 untuk suami-isteri dan RM 5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM 400,000.
  48. Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 ( BR1M ) RM 250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM 2,000.
  49. Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.
  50. Bantuan persekolahan RM 100 kepada pelajar sekolah diteruskan.
  51. Baucar buku RM 250 kepada pelajar universiti diteruskan.
  52. Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM 3,000 kepada RM 6,000.
  53. Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN ( sehingga 30 September 2013 ).
  54. Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang membuat pembayaran secara konsisten
  55. Pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada penjawat awam yang akan dibayar setengah bulan gaji pada Disember 2012, setengah bulan gaji pada Januari 2013 dan setengah bulan gaji telah dibayar pada Aidilfitri yang lalu

Thursday, 20 September 2012

Petanda Dia Adalah Jodoh Kita





Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima Kita Seadaanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang.

Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita.

Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.


5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya?

Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain.

Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama.

Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’.

Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.

Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.

Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing.

Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita?

Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati.

Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.

Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Tuesday, 18 September 2012

Penyebab utama sakit tulang belakang bawah

Berikut dipanjangkan sebab-sebab atau faktor-faktor utama yang menyebabkan sakit di bahagian bawah tulang belakang (tulang lumbar), yang telah dikenalpasti oleh pakar perubatan.
Dimuatkan juga kaedah rawatan asas serta petua-petua bagi mencegah sakit di bahagian bawah tulang belakang ini untuk kita jadikan panduan bersama……

Top Causes of Low Back Pain
Here are the top causes of low back pain and tips for prevention.

It’s hard to find any part of Elin Laird’s life that hasn’t been touched by pain. “I can’t stand for too long. I can’t sit for too long. Pretty much if I’m at home, I’m lying in bed,” says the 39-year-old single mother. “I can’t be as active in my son’s life. I can’t travel as much. I’ve lost so much of my life.”
Laird describes the pain of her herniated disc as similar to having “an ice pick shoved in the base of my spine.” It’s a pain that no therapy – from steroids to painkillers to surgery – has managed to budge. And she is far from alone in her discomfort.
“Eighty percent of the population of the United States, at some point in their life, is going to have back pain,” says Ronald J. Wisneski, MD, an orthopedic surgeon, specialist in spinal disorders and spine surgery, and associate in the Department of Orthopedic Surgery at Geisinger Medical Center in Danville, Pa. Most of the time, that pain is centered in the lower back.
What could be triggering your back pain? To get an idea, the author talked to two orthopedic surgeons about the most common causes of lower back pain — and what you can do about it.
What Causes Herniated Discs and Sciatica
Why is the lower back a target area for pain? “Generally speaking, the lower back is subject to a lot of mechanical stress and strain,” says Gunnar Andersson, MD, PhD, professor and chairman emeritus of the Department of Orthopedic Surgery at Rush University Medical Center in Chicago. “The reason is the weight of the upper body, which always puts loads on the lower back.”
Supporting all that upper body weight is the spine, which is made up of more than 30 small bones called vertebrae stacked one on top of the other. A spongy piece of cartilage, called a disc, sits between each vertebra. It acts as a shock absorber, preventing the bony vertebrae from grinding against one another.
With age, these cushioning discs gradually wear away and shrink, a condition known as degenerative disc disease. Discs can also tear or become injured. Sometimes the weakening of a disc can put pressure on its jelly-like center. Wisneski describes this process as similar to a bubble forming on your car’s tire.
“You hit a bump in the road, then all of a sudden that tire goes pop,” he says. In the case of your back, that pressure can lead to a herniated disc (also called a “slipped disc”), in which the center of the disc bulges outward.
Sometimes that bulging causes the material from inside the disc to press on the sensitive nerves that carry messages to the brain. The result can be the kind of excruciating pain Laird has experienced. “If I move wrong, I get what I call a ‘sonic boom’ — this jolt of electricity through my pelvic area,” she says.
A herniated disc can put pressure on the nerve that extends down the spinal column, causing pain to radiate to the buttocks and all the way down the leg. This condition is called sciatica.
Other Conditions Causing Lower Back Pain
Deteriorating discs are just one of many sources of low back pain. Others include:
* muscle and ligament strains
* skeletal problems
* degenerative conditions such as arthritis, osteoporosis (brittle bones), and spinal stenosis (a narrowing of the spine that puts pressure on nerves)

Less commonly, low back pain can be a sign of a serious medical condition such as diabetes or a pinched nerve. In the case of a pinched nerve, the pain may be accompanied by symptoms like fever, chills, night sweats, or loss of bladder control.
Back Strain and Pain
Even with the more sophisticated techniques available to diagnose what’s causing low back pain, many times doctors don’t know what caused the problem. “It’s very hard for us to identify the reason for a patient’s pain,” Andersson says.
When Martin Snyder, 42, first started experiencing low back pain in his early 20s, his doctor blamed it on stress. “I said, ‘But I don’t have any stress,’” Snyder recalls. Eventually he was diagnosed with degenerative disc disease, but he and his doctors still have no idea what triggered it.
Straining your back would seem to be one obvious cause of low back pain. “There’s a lot of studies that indicate that back pain is more frequent among people who do a lot of heavy physical lifting,” Andersson says. “Things can happen when you do lifting that can cause significant overloading of your spine.” Although too much strain may be part of the equation, it isn’t always entirely to blame for lower back pain.
Lower Back Pain: Is It in Your Genes?
One of the main reasons a person develops low back pain and another doesn’t may lie in their genes. With disc degeneration, Andersson says, “If you take twins — one who is doing heavy physical work and one who is doing desk work — and you compare their MRI exams, they are essentially identical. This tells you that genetic factors are very important.”
If you have chronic low back pain, you’ve likely inherited the tendency, and you’re probably hardwired for it. The lower back contains sensitive receptors called nociceptive fibers, which send pain signals to the brain. “Some people have a lot of nociceptive fibers — for example, in their discs — while others have relatively few,” Wisneski tells WebMD. That may be why one person can lift heavy weights many times and never experience low back pain, while another who barely lifts anything is in constant agony.
5 Ways to Ease Low Back Pain
Just because it’s possible to inherit low back pain doesn’t mean the matter is completely out of your control. “It’s how we’re born and how we take care of ourselves,” Wisneski says.
If you sit in an uncomfortable chair all day, work a jackhammer, or regularly twist your body into uncomfortable positions, your lower back will suffer for it. Smoking — the bad habit that increases the risk of dozens of diseases — can also lead to backaches. One study found that smokers are nearly a third more likely to have low back pain compared to nonsmokers.
Try these five tips to prevent or ease lower back pain:
* If you smoke, get help to kick the habit.
* Practice good posture whenever you sit or stand. When lifting something, lift with your knees, not with your back.
* Do exercises to strengthen the muscles that support your back - especially the abdominals, hips, back, and pelvic area. Developing strong core muscles can make a big difference in how you feel. “When my abs are in good shape and I’m well worked out, I’m the least susceptible,” Snyder says.
* Fight the urge to crawl into bed whenever your lower back acts up. “Our bodies are meant to be used,” Wisneski says. “If you have pain, sometimes you develop a ‘disease of disuse.”
* See your doctor and get treated for low back pain early on, so you can stay moving and keep active.

Cara untuk mengelakkan sakit belakang


Cara untuk mengelakkan sakit belakang

Segala kerja yang anda buat boleh memberi kesan kepada belakang anda samada duduk, berdiri, membongkok, mencapai/ terdongak kepala untuk mengambil sesuatu, berjalan, berlari, menarik, memegang, menahan, menolak, menurun atau mengangkat barang. Hatta semasa sedang beristirihat atau tidur pun belakang anda sedang berperanan. Sakit belakang adalah masalah otot dan tulang.

Apa yang menyebabkan sakit belakang (Faktor risiko)

1. Postur yang tidak bet
ul
Berdiri, duduk atau bergerak seperti orang malas, kedudukan sebelah pinggang lebeh tinggi daripada yang sebelah lagi. Tabiat seperti ini akan menyebabkan otot tegang, kaku, sakit belakang, sakit leher dan kelesuan.

2. Kurang senaman
Otot yang menyokong tulang belakang perlu senaman untuk regangan dan mengekalkan otot itu supaya kuat.

3. Kegemukan
Perut buncit akan menarik otot belakang dan menegangkan otot abdomen. Mengurangkan berat badan boleh meringankan beban kepada belakang dan baik untuk jantung.

4. Stres
Kerunsingan boleh mengakibatkan otot belakang menegang dan hilang keseimbangan badan dan boleh cedera belakang.

5. Tersalah urat belakang
Anda boleh menegangkan atau mengoyak bahagian belakang dengan hanya membongkok, mencapai/ mendongak untuk mengambil sesuatu dan mengangkat barang dengan cara yang salah.

6. Piring ruas tulang belakang tergelincir
Kadangkala piring/ cakera ruas tulang belakang tergelincir atau tergencat daripada kedudukan asalnya dan akan menekan saraf dibelakang. Ini menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas-kebas di kaki. Anda perlu mendapatkan rawatan Doktor.

Jika sakit belakang sering menganggu dan anda tidak tahu apa hendak dibuat. Ini adalah panduannya.

Cara yang betul untuk berdiri, duduk, memusing badan, berjalan, tidur dan mengangkat barang.

Semasa berdiri :
Rihatkan sebelah kaki di atas papan lapek rendah untuk menyokong belakang sebelah bawah.

Kebiasaannya kerja hendaklah di buat pada paras ketinggian siku samada sewaktu anda duduk atau berdiri. Walau bagaimana pun kerja yang berat hendaklah dibuat pada paras lebih rendah daripada ketinggian siku.

Semasa memusing badan :
Berpusing dengan mengerakkan kaki, bukan memusing badan. Badan yang berpusing boleh menyebabkan kecederaan belakang.

Semasa duduk :
Gunakan kerusi yang boleh menyokong belakang. Tapak kaki di rapatkan ke lantai dan badab bersandar di kerusi.

Semasa berjalan
Kepala tegak ke depan dan angkat dada sedikit.

Sewaktu tidur.
Tidur diatas belakang dengan menyelit bantal kecil di celah lutut, tidur mengiring dengan kaki membengkok atau tidur seperti kedudukan janin dalam perut ibu.

Semasa mengangkat barang.
Mengangkat barang hendaklah dengan menggunakan otot kaki, bukannya otot belakang. Berat barang yang selamat untuk diangkat hendaklah lebeh kurang 3 kg
( anggaran purata berat bayi baru lahir)

Anda boleh merujuk maklumat cara mengangkat barang dengan cara yang betul di artikel yang lain.

Mencapai untuk mengambil sesuatu barang
Satu cara yang baik untuk memikirkan berkenaan kawasan yang boleh di capai dengan tangan ialah ruang hayunan lengan semasa digerakkan. Mencapai sesuatu benda di dalam kawasan ini adalah selamat.

Penutup
Kita mesti ingat, untuk mendapat belakang yang sihat, kita hendaklah mengekalkan otot belakang dan abdomen supaya kuat. Dengan itu ia boleh menyokong dan meletakkan tulang ruas vertebra leher, tulang ruas vertebra toreks dan tulang ruas vertebra pinggang pada tempatnya serta seimbang kedudukannya. Di dalam apa jua aktiviti atau kerja yang dijalankan pastikan postur badan yang betul, sendi tulang hendaklah dalam kedudukan semulajadi, dilarang membongkok kehadapan dan berwaspada dengan berat badan.

Berhati-hati kerana kelalaian boleh mengakibatkan sakit belakang.

Tulang Belakang - Petua dan Panduan Penjagaan


Tulang belakang rasa nyeri? Nyeri atau sakit pada tulang belakang biasanya berlaku pada tulang belakang di sekitar bahagian pinggang. Nyeri atau sakit pada bahagian tulang belakang ini berpunca daripada gangguan yang terdapat pada struktur tulang belakang dan otot-otot yang terlibat pada bahagian tersebut. Kajian yang dilakukan oleh pihak American Pain Sosiety dan American College of Physician mendapati bahawa rasa sakit atau nyeri pada tulang belakang boleh dikurangkan tanpa melakukan pembedahan. Antara kaedah untuk mengurangkan sakit tulang belakang termasuklah kaedah manipulasi tulang belakang atau akupuntur. Kaedah terapi seperti ini adalah alternatif terhadap penggunaan ubat-ubatan. Saranan supaya pesakit berbaring di tempat tidur untuk merehatkan tulang belakang selama bebarapa hari bukanlah cadangan yang baik. Berbaring terlalu lama akan menyebabkan tulang belakang menjadi lemah kerana tidak digunakan. Pesakit digalakkan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sinar-X ray juga cuma akan dilakukan ke atas pesakit untuk mengesahkan andaian doktor terhadap punca atau faktor rasa nyeri atau sakit belakang yang berlaku ke atas pesakit.

Cara-cara menjaga tulang belakang:
1. Semasa mengangkat barang dari lantai, jangan bongkokkan badan dan terus mengangkat barang tersebut, terutama kotak ataupun barang yang berat. Ini merbahaya untuk tulang belakang. Urat dan otot badan di bahagian belakang dan punggung akan sakit. Beban yang berat akan memberi tekanan kepada tulang punggung. Oleh itu, jika mahu mengangkat barang yang berada di atas lantai, pastikan anda duduk dahulu. Luruskan tulang belakang, dan angkat pada paksi menegak atau secara menegak ke atas seperti lif.

2. Gunakan tangga apabila mengangkat barang yang berada di kedudukan yang tinggi daripada kita. Jika kita mengangkat barang-barang berada di keduduka yang lebih tinggi daripada pundak atau tulang punggung kita, tekanan yang akan dikenakan pada tulang belakang adalah sangat berat.

3. Gantikan posisi sesering sekirannya kita perlu berdiri dalam waktu yang lama. Contohnya kalau kita iron baju sambil berdiri, gunakan kerusi kecil untuk meletakkan kaki kita secara berganti-ganti. Ini dapat menyeimbangkan dan mengganti tumpuan berat badan. Berdirilah secara tegak , dan janganlah membungkuk .

3. Jika kita terpaksa berdiri dalam jangka masa yang lama, pastikan kita tahu menyeimbangkan dan mengubah kedudukan atau tumpuan berat badan. Berdirilah secara tegak dan jangan membongkok.

4. Semasa berjalan, pastikan postur badan adalah tegak. Letakkan buku di atas kepala dan berjalan. Jika buku itu jatuh, maknanya postur badan semasa berjalan adalah tidak betul. Kasut bertumit tinggi juga amat berbahaya. Apa faedahnya pakai kasut tumit tinggi?

5. Semasa duduk, pastikan anda menyandar. Belilah kerusi yang mempunyai penyandar. Elakkan lutut daripada sejajar dengan pinggul semasa duduk. Jika sedang memandu kerea pula, pastikan ada sokongan terhadap punggun di bahagian bawah. Pastikan kedudukan kaki tidak terlalu jauh dari pedal minyak untuk mengelakkan regangang otot yang melampau dan boleh menyebabkan kekejangan kaki dan tekanan pada tulang punggung.

6. Sewaktu duduk di hadapan komputer atapun menonton TV, selalunya orang yang kerjanya menghadap komputer 24jam...ahakks pastikan paha kita sejajar atau selari dengan lantai, jangan biarkan lutut kita lebih tinggi dari paha atau kaki terggantung jauh dari lantai. Pastikan kaki kita rata dan punggung mendapat sokongan dari belakang kerusi.

6. Semasa duduk di atas meja, menghadap komputer atau menonton televisyen, pastikan peha kita selari dengan lantai. Jangan biarkan lutut berada di aras yang lebih tinggi daripada paha atau kaki tergantung tidak menyentuh lantai. Pastikan kaki kita rata dan punggung kita mendapat sokongan dari belakang kerusi. Jangan biarkan bahagian atas badan memberi tekanan kepada tulang belakang khususunya di bahagian pinggang atau tulang belakang di atas bahagian punggung. Kawasan inilah yang selalu sakit jika kita duduk terlalu lama (tekanan secara terus daripada berat badan di atas kawasan pinggang.

7. Untuk menjaga tulang belakang pastikan tempat tidur cukup keras dan rata. Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut sehingga tidak dapat menampung tulang belakang. Sekirannya kita tidur telentang, letakkan 1 bantal di bawah lutut, bengkokkan sedikit lutut, biarkan kedua lutut tersebut bertumpukan.


Wednesday, 12 September 2012

Atasi Mulut Berbau

Cara Menghilangkan Nafas Berbau (Menarik!) | Masalah nafas berbau seharusnya diberi perhatian kerana ia mampu untuk mengurangkan keyakinan seseorang untuk berkomunikasi dengan orang lain. Tambahan pula, bimbang sekiranya ramai orang mula menjauhkan diri daripada kita. Selain daripada itu, ia juga berkemungkinan sebagai tanda kehadiran penyakit lain yang mungkin anda hadapi. Cara untuk menghilangkan masalah nafas berbau adalah dengan : 



(1) Bersihkan lidah

Untuk menghilangkan masalah nafas berbau, anda bukan sahaja perlu menggosok gigi setiap hari, tetapi juga perlu untuk menggosok lidah.

Ini kerana lidah anda terutamanya bahagian belakang atas, adalah punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau yang serius. Ia terjadi kerana lidah anda mempunyai berjuta-juta filamen yang boleh memerangkap sisa makanan dan bakteria, jika dibiarkan akan membawa kepada masalah nafas berbau.



(2) Mengunyah gula-gula getah 

Air liur merupakan pertahanan terbaik untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Gula-gula getah sebenarnya dapat membantu untuk merangsang penghasilan air liur lebih banyak. Sebab itulah nafas kita berbau apabila bangun dari tidur, ini adalah kerana aliran air liur rendah ketika seseorang berbaring/ tidur.


(3) Menghisap kulit kayu manis

Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang dapat membantu untuk menghilangkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, ia juga mampu untuk mengurangkan bakteria yang menjadi punca masalah nafas berbau. Seorang yang menghisap kulit kayu manis setiap hari dapat mengurangkan kehadiran bakteria punca nafas berbau sebanyak 50% berbanding orang yang tidak menghisapnya.


(4) Pastikan mulut sentiasa lembap 

Minum lebih banyak air juga dapat membantu untuk menghilangkan bakteria ‘jahat’ yang menyebabkan masalah nafas berbau. Selain daripada itu, kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan peminuman teh, ia turut dapat membantu menghilangkan masalah nafas berbau kerana teh mengandungi poleypehnols, iaitu sejenis ‘bahan kimia’ tumbuhan yang dapat menyekat pertumbuhan bakteria punca nafas berbau.


(5) Pemakanan

Kesan sampingan seseorang yang mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanan mereka adalah masalah nafas berbau. Selain daripada itu,makanan yang dimakan juga mungkin punca masalah nafas berbau seperti bawang putih, kopi dan sebagainya.


(6) Ubat kumur 

Ubat kumur berfungsi untuk menghilangkan bakteria di dalam mulut yang menyebabkan masalah nafas berbau. Anda dinasihatkan untuk mengamalkan ubat kumur ini sekurang-kurangnya sekali sehari.


(7) Masalah perubatan

Hasil daripada kajian, 90% masalah nafas berbau adalah berpunca daripada kesan sampingan terhadap penyakit lain seperti penyakit gusi, kanser mulut, kaviti dan sebagainya. Anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol yang merupakan punca utama terhadap penyakit mulut.

CARA BERKESAN KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya.

Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik seperti artis atau pembina badan, mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. Pun begitu, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki mahu pun wanita untukmengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perutadalah:


1. Minum Air Masak Yang Banyak.

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar.

2. Makan Perlahan-lahan.

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi perut buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

3. Kurangkan Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. Lama kelamaan, perut buncit pun boleh berlaku.

4. Makan Makanan Yang Penuh Serat.

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai. Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya (LINK).

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan dari mendapat penyakit perut buncit ini.


5. Kesan Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

7. Lakukan Senaman atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.