Di Malaysia terdapat pelbagai jenis sekolah berkonsep baru yang disisipkan dalam sekolah sedia ada:
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI:
Sekolah ini mempunyai etos, watak dan identiti yang unik dan berdaya maju dalam segenap bidang pendidikan.
SEKOLAH KLUSTER:
Pusat
kecemerlangan (dalam satu kelompok sekolah) yang mengkhusus kepda
niche seperti muzik, sukan, ICT, bahasa dan bidang lain berkaitan
pendidikan.
SEKOLAH BESTARI:
Institusi
pembelajaran yang secara sistematik melalui proses pembikinan semula
dalam aspek pengajaran dan pembelajaran (pemberatan kepada ICT) dan
meaambah baik proses pengurusn sekolah.
SEKOLAH WAWASAN:
Sekolah
pelbagai Aliran (SK, SJKC, SJKT) yang berkongsi kawasan dan kemudahan
tetapi mengekalkan perbezaan pengurusan sekolah masing-masing.
SEKOLAH PREMIER:
Sekolah
yang berusia lebih 100 tahun yang telah dipilih dan dianugerahi sebagai
Sekolah Kluster ekoran kejayaan dan pencapaian akademik dan bidang
kokurikulum.
SEKOLAH PINTAR:
Kerjasama
di bawah pertanggungjawaban sosial yang digerakkan oleh syarikat
pegangan kerajaan (GLC) dan perbadanan untuk menggalakkan kecemerlangan ,
terutamanya sekolah yang kurang berupaya di seluruh negara.
SEKOLAH AMANAH:
Sekolah
yang bersama-sama diuruskan oleh pihak swasta dan awam untuk
memperbaiki pencapaian sekolah dan hasilan pelajar, merentasi semua
pencapaian, sosio ekonomi dan dimensi demografi.
No comments:
Post a Comment