
Saya mengalami masalah pada belakang sama bermula dari rasa
lenguh, kebas, penat pada bahagian pinggang, belakang dan kaki kiri....
Tertanya2, apakah slipped disc (sakit
belakang) saya berulang lagi?
Sebenarnya bagaimana terjadi slipped
disc (sakit belakang) tidak dapat digambarkan dimana mulanya...., yang saya inagt..
selepas accident pada tahun 1992 dulu, dah buat rawatan hospital dan alternatif..,
Rasa macam dah baik., tapi selepas forcep anak sulung, ia berulang lagi..,
dan lagi selepas operation anak kedua...
dan lagi selepas operation anak ke 3...
dan lagi selepas operation anak ke 3...
Kesakitan paling teruk pada bulan Julai yang lalu, sampai xboleh bangun.., lepas dapatkan injection dari klinik swasta, xhilang sakit.. terus dapatkanb rawatan di hospital Trendak..., Kene warded, boringnya...
duk seminggu, balik rumah, pastu tunggu MRI....
selepas MRI tu, jiwa dan hati serta semangatku rasa TERHENTAK...
DUGAAN apakah ini Ya Allah...... PASRAH>>>> nak buat camana., Allah menduga kita dengan dugaan yang kita mampu menanggungnya.....
selepas MRI tu, jiwa dan hati serta semangatku rasa TERHENTAK...
DUGAAN apakah ini Ya Allah...... PASRAH>>>> nak buat camana., Allah menduga kita dengan dugaan yang kita mampu menanggungnya.....
SAH .....> PID : Prolapsed Intervertebral Disc!!! Patutlah sakitnya menyentap2, sampai menangis aku menahannya...
CERITA KISAH PID NI MACAM NI :-
cakera tersebut bukan
terkeluar dari susunan tulang belakang tetapi terbonjol ke arah saraf tunjang. Kata dr, apabila umur kita meningkat
dan badan kita lemah, ia memudahkan bahagian yang lembut itu mengembung.Tulang
belakang merupakan bahagian penting untuk menyokong badan.
Kecederaan pada tulang belakang
akibat terjatuh, kemalangan, kerja fizikal yang berat dan peningkatan usia akan
menyebabkan kita mengalami sakit belakang.Kebiasaannya penghidap sakit belakang
diantara umur 30 dan 50 manakala penghidap vertebra servikal iaitu di
sekeliling leher biasanya di hidapi dalam lingkungan usia 40 ke 60 tahun.
Tetapi ia juga boleh menyerang
mereka dalam lingkungan umur 30 ke 50 tahun bergantung kepada aktiviti yang
mereka lakukan.Apabila disc terkeluar, akar saraf (nerve roots) akan terjadi
himpitan dan menyebabkan rasa sakit atau kebas pada hujung saraf iaitu tapak
kaki, kaki, betis, paha atau pinggul.
Disc yang terkeluar kerap terjadi
kepada mereka yang berumur kurang dari 55 tahun. Ia kerap terjadi apabila
selepas seseorang itu mengangkat barang berat, jatuh terduduk atau mengalami
kemalangan yang melibatkan tulang belakang, posisi badan yang tidak betul, otot
yang lemah atau tegang sehingga tidak dapat menyokong bentuk asal tulang
belakang.
macam2 alternatif aku dah lakukan...., Nampaknya terpaksa akur dengan cadangan dr untuk operation.., Kalau aku setuju bulan Julai tempohari, mungkin sekarangni aku dah sihat da....
Ya Allah, berikan aku kesempatan untuk terusbernafas dibumiMu lagi Ya Allah....
No comments:
Post a Comment