Hanya satu suntikan, cakera tergelincir (slipped disc) anda akan
mengecut dan anda tidak akan rasa sakit lagi. Malah rasa sakit yang
menjalar turun kekaki cepat sembuh hanya selepas beberapa jam selepas
suntikan. Menarik bukan? Bagi anda yang mengidap sakit belakang yang
berpunca dari cakera tergelincir atau stenosis spina , anda perlu baca
artikel ini kerana kaedah rawatan suntikan (tanpa pembedahan) terbaru
ini dikenalpasti amat berkesan.
Rawatan ini dinamakan Pengecutan
Cakera Radiofrekuensi Intradiscal Secara umumnya kaedah haba
radiofrekuenci digunakan untuk mengecutkan cakera yang tergelincir.Bagi
mereka yang takut atau ragu-ragu untuk menjalani pembedahan tulang
belakang, maka rawatan suntikan ini merupakan pilihan yang paling
tepat.Kajian terbaru dijalankan di HUSM mendapati rawatan suntikan ini
mampu memberi kejayaan sehingga 90 peratus.Satu angka yang belum pernah
dicapai dalam sejarah rawatan kesakitan tulang belakang.
Apakah itu Rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal(Intradiscal Radiofrequency Disc Decompression)?
Rawatan
Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intradiscal ini menggunakan kaedah
haba radiofrekuenci untuk mengecutkan cakera yang tergelincir. Sebatang
jarum khusus akan disuntikan kedalam cakera yang tergelincir.
Seterusnya cakera tersebut akan dipanaskan pada suhu tertentu dengan
menggunakan tenaga elektrik radiofrekuensi yang disalurkan melalui
hujung jarum tadi. Cakera akan memberi reaksi pengecutan bila dipanaskan
dengan serta merta. Bila cakera tersebut mengecut maka tekanan pada
akar saraf dapat di alihkan. Maka hasilnya tiada lagi sakit seperti
renjatan elektrik, kebas atau mencucuk (sciatica) yang turun
kekaki.Kaedah ini hanya mengecutkan sebahagian kecil cekera yang
bermasalah, oleh itu ia tidak akan mengganggu kestabilan tulang
belakang.
Sakit belakang yang bagaimanakah sesuai untuk kaedah rawatan ini?
Sakit
belakang yang disebabkan oleh cakera tergelincir (orang muda) atau
stenosis spinal(orang berusia) yang terpilih.Biasanya sakit dalam kedua
keadaaan ini pesakit akan mempunyai gejala sakit belakang yang menjalar
turun kekaki.
Bagaimanakah procedur suntikan ini dilakukan?
Procedur
ini dilakukan dalam dewan bedah dibawah kawalan mesin Xray.Anda
dikendaki baring meniarap atas katil bedah sepanjang suntikan dilakukan
yang mengambil masa hanya setengah jam.Suntikan ubat bius setempat
dilakukan pada kulit belakang anda sebelum jarum radiofrekuensi
dimasukkan terus kedalam cakera pada tulang belakang anda.Anda tidak
perlu risau akan rasa sakit kerana ubat bius setempat akan ditambah jika
perlu.Anda akan sedar dan perlu berinteraksi bersama doctor semasa
suntikan dilakukan.Ini adalah untuk menjamin keselamatan dan menghalang
dari kesan sampingan yang tidak dikehendaki.
Adakah saya akan rasa sakit selepas prosedur dan apakah hasil yang dijangkakan?
Kebanyakan
pesakit tidak merasa apa-apa sakit yang signifikan selepas suntikan
kerana jarum yang digunakan kecil dan hanya satu atau dua tempat
suntikan dilakukan. Malah semasa haba disalurkan kedalam cakera (disc)
kebanyakan pesakit tidak merasa apa-apa kesakitan. Kebanyakan pesakit
memberikan hasil kelegaan besar yang dramatik, iaitu dalam masa satu
hari selepas suntikan dilakukan.
Apakah kesan sampingan suntikan Rawatan Pengecutan cakera Radiofrekuensi Intradiskal ini?
Tidak
ada apa –apa kesan sampingan jika ianya dilakukan oleh doktor yang
mahir.Tapi ia boleh mengundang beberapa masalah yang serius jika
dilakukan oleh tangan yang tidak mahir, seperti kerosakan akar saraf,
jangkitan kuman pada cakera, cakera pecah, perdarahan dan sebagainya.
Apakah procedure suntikan lain yang hampir dengan kaedah ini dalam merawat cakera tergelincir?
Kaedah
suntikan nukleoplasti, kaedah suntikan dalam cakeran ini hampir sama
tapi tidak serupa dari segi prinsipnya.Kaedah nukleoplasti menggunakan
jarum yang lebih besar yang di tujukan pada tengah cakera (nucleus
proposus) tapi rawatan Pengecutan Cakera Radiofrekuensi Intaradiskal
menggunakan jarum yang lebih kecil yang tujukan pada tempat yang
berbeza. Selain dari itu, kos rawatan suntikan nukleoplasti adalah jauh
lebih besar dan peratus kejayaannya lebih rendah. Kaedah lain yang
hampir sama dengan teknik rawatan ini ialah IDET dan Intradiscal Laser
Disc Decompression.Tapi kedua-dua teknik ini hanya memberi kejayaan
daalam 50-60 peratus.
No comments:
Post a Comment