Osteoarthritis lebih mudah dikenali sebagai sakit sendi. Ia
merupakan sejenis penyakit sendi yang mempunyai ciri keradangan. Sendi
pula ialah bahagian badan di mana dua tulang berlainan bertemu.
Ia berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi
menjadi haus. Ini akan menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit dan
kebas dan menjadi punca kepada kemerosotan sendi tulang yang progresif
(penyakit degeneratif sendi).Keradangan berlaku kerana darah (tidak cukup khasiat) yang dibekalkan kurang meskipun seseorang itu sihat. Ini kerana, tubuh badan tidak boleh menghasilkan zat makanan yang mencukupi bagi menyelaras dan memastikan kadar pemulihan dan pembaharuan yang diperlukan.
Sendi yang selalunya berlaku keradangan adalah lutut. Hal ini demikian kerana, lutut adalah sendi yang menampung berat badan kita dan sentiasa digunakan sepanjang hidup kita.
Berikut adalah tanda-tanda penyakit Osteoarthritis:
- Sakit pada sendi yang terlibat.
- Kesukaran untuk membengkokkan atau meluruskan sendi akan berlaku.
- Sesetengahnya akan mengalami kebengkakan.
- Adanya pembesaran tulang sendi.
- Golongan tuadan sudah berumur
- Golongan obesiti
- Sukan yang menyebabkan impak yang berulang dan memerlukan pergerakan pantas seperti bola sepak
- Mengangkat barang-barang yang berat.
- Lemah otot paha (quadriceps)
- Abnormal tibial rotation
Rawatan yang biasa diberikan untuk mengurangkan kesakitan termasuklah non- streoidanti- inflammatory drug (NSAID). Pesakit juga boleh diberikan rawatan glucosamine sulphate bagi mengurangkan kesakitan dan dipercayai boleh memperbaiki sendi-sendi yang terlibat. Malah, bagi pesakit yang tidak dapat menahan kesakitan , mereka boleh diberikan corticosterioid yang bertujuan mengurang proses keradangan dalam sendi.
Selain ubat penahan sakit yang dimakan, ada juga ubat sapu yang diperbuat daripada gel atau krim yang boleh digunakan untuk kelegaan tambahan. Ubat-ubatan ini selalunya tidak lagi berkesan untuk peringkat osteoartritis yang teruk. Ubat-ubat baru seperti glucosamine, chondroitin dan diacerin adalah termasuk dalam kategori ubat-ubat tambahan dan sokongan yang boleh di ambil bersama dengan analgesia.
Ketiga-tiganya bertindak dan mempunyai fungsi yang berlainan.
Glucosamine bertindak dengan mengembalikan cecair sendi dan membantu melicinkan pergerakan sendi. Secara tidak langsung, ia juga mengurangkan sakit sendi kerana geseran.
Chondroitin boleh menahan kerosakan lanjut rawan jika diambil pada peringkat awal osteoartritis
Diacerin pula bertujuan untuk mengurangkan radang di sekitar sendi di samping boleh menolong mengurangkan sakit akibat osteoarthritis.
Ubat jenis suntikan intra-artikular seperti asid hylarunik juga boleh digunakan untuk menambah cecair pada sendi yang bermasalah. Suntikan ke dalam sendi ini boleh memberikan kesan yang cepat dengan mengurangkan sakit dan mengurangkan bunyi geseran (crepitus) akibat dari osteoarthritis.
Pesakit perlu mendapat sekurang-kurangnya tiga suntikan setiap minggu untuk satu rawatan penuh bagi satu-satu sendi. Walaubagaimanapun, kini terdapat produk asid hylarunik yang hanya perlu disuntik sekali sahaja bagi memberikan kesan hampir sama.
Rawatan fisioterapi yang boleh diberikan:
1. Untuk mengawal kesakitan
- Terapi senaman (Bennell et al, 2005)
- TENS (Low&Reed, 2003)
- Gunakan ais selama 15 minit
- Lakukan senaman aktif dan pasif ( bengkok dan luruskan kaki )
- senaman regangan ( stretching exercise )
5. Untuk mengekalkan kekuatan
- Isometric exercise : static quadriceps, static glutues, inner range quads, straight leg raise.
(penerangan lanjut mengenai exercise ini, link ke http://rinialik.blogspot.com/2010/05/oa-apa-tu.html)
- Isotonic exercise : knee bend, knee bend with sandbag.
- Aerobic exercise : brisk walking, swimming, etc
- Proprioceptive Exercise : 1/4 squats, heel raises
No comments:
Post a Comment