SEDIKIT KENANGAN DAN PERKONGSIAN DARI SEORANG GURU

Sahabat-sahabat Tahun 1 / 2012 – Shasha cuti masa ni..
“Bib bib (2x).” bunyi nada mesej telefon bimbit saya sewaktu saya dalam perjalanan pulang dari pasaraya membeli hadiah buat guru-guru anak-anak. ( dah jadi rutin, setiap tahun mereka nakkan sesuatu untuk guru mereka, sempena Hari Guru.
“Jasa dan pengorbanan tiada tandingan, moga perjuangan kekal berpanjangan, terima kasih atas ilmu yang dicurahkan.. yang menjadikan saya seperti hari ini ~SELAMAT HARI GURU untuk cikgu yang paling disayangi dan masih kekal dalam ingatan : ~xxxxxxxx.”
Mesej ini saya terima sempena Hari Guru – 2012 ( setiap tahun akan terima mesej dari bekas murid saya yang sekarang sudah berkahwin dan ada 2 anak )
Apa-apa pun, mesej yang berharga ini sudah cukup menghiburkan dan menyejukkan hati insan yang bernama ‘guru’, tidak kira pelajar-pelajarnya benak ke atau cerdas ke..ia sudah memadai.
Saya Bangga Menjadi Seorang Guru : itulah kata-kata semangat yang sering saya ulang-ulang supaya azam, semangat dan kecekalan saya tidak patah dek dugaan, caci hina dan maki nista dari orang sekeliling.
Terdetik juga di benak kepala, kalau ‘lecturer’ sudah tentu tidak dapat ucapan sebegini kerana ‘sentuhan’ mereka berbeza. ( buktinya, saya sangat jarang sekali teringat hendak menghantar mesej ‘Hari Guru’ buat lecturer2 saya sebab mereka dipanggil ‘puan’ dan ‘tuan’ dan bukannya cikgu….
Dilema Guru
Semasa saya menulis catatan ini, saya sedang menyelak majalah Dewan Masyarakat edisi Mei 2007 ( itupun sebab tugasan membuat analisis cerpen untuk assignment, kalu tidak, dah lama tak sentuh DM ni ) yang berkisar pahit maung kerjaya seorang guru. Edisi ini sarat dengan kisah dan teladan yang boleh diambil.
Ya! guru adalah ‘pemula’ kepada si ‘bodoh’ menjadi ‘pintar’ dan guru juga berperanan sebagai seorang ‘ayah’ dan ‘ibu’ kepada pelajar yang kehilangan kasih sayang.
Guru adalah segala-galanya.
Besarnya pengorbanan guru bila berada di pedalaman terutamanya di Sarawak dan Sabah, ada yang terpaksa meredah belukar dan denai dengan berjalan kaki selama 8 jam untuk sampai ke sekolah.
Ada juga kisah yang terpaksa ke sekolah menaiki bot yang jaraknya sejauh 350km, semata-mata untuk mendidik anak-anak di luar bandar untuk boleh sekurang-kurangnya menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira) agar ‘celik’ dan tidak mudah ditipu kelak. Pelajar-pelajar di sana cukup tekun untuk belajar walau sukar untuk memperolehinya.
Subhanallah.
Lain pula kisahnya di sekolah-sekolah bandar. Guru agak mudah menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada tetapi pelajarnya pula tidak agak ‘sukar’ menerimanya (bukan semua).
Ada juga guru yang dianggap ‘musuh’ sehingga ke mahkamah untuk menyelesaikan kes. Aduh!
Mengeluh juga jika mengenangkan kes-kes seperti ini berlaku kepada guru dan pelajar kini.
Dulu Kala
Jika seorang pelajar gagal menghafal atau menurut arahan yang diberikan guru, dendaan dirotan, dipiat telinga, dicubit diperut adalah menjadi perkara biasa. Bahkan ada yang diterajang keluar kelas.
Jika pelajar berkenaan mengadu kepada ibubapa, bukan mereka mendapat pembelaan, bahkan ‘ditambah’ sebagai balasan kerana engkar dengan arahan.
Itulah asam garam kehidupan seorang pelajar berhadapan dengan pengetahuan (guru).
Kini
Piat, cubit, rotan di tangan bahkan hanya dengan amaran sahaja pun, kemungkinan akan dibawa kes ke mahkamah.
Serba tidak kena dengan peranan guru di sekolah, istlah mengajar dan mendidik menjadi persoalan.
Ada yang kata, guru hanya perlu mengajar sahaja, mendidik berikan kepada teman (ibubapa).
Ada pula yang membuat hujahan , gurulah cerminan kepada jatidiri pelajar berkenaan. Bermaksud mengajar dan mendidik pelajar menjadi insan budiman.
Salah tanggapan tentang ‘career’ seorang guru juga dipersoalkan. Ada guru yang hanya ‘cari makan’ bukan hendak memberi pendidikan. Ada juga guru yang mengambil peluang, di sekolah ‘bagi sikit-sikit’..yang ‘lebih’ tu dibuat ‘kelas tambahan.’ Aduh! pening-pening, serba tak kena cerita guru zaman kini.
Saya Mendidik Kerana Saya Juga Ada Anak-anak Yang Perlu Saya Didik

Saya Juga Ada Tanggungjawab Mendidik Anak Bangsa


Mutiara hikmah
“Jika engkau mengetahui kesalahan atau kebimbangan gurumu, janganlah jadikan itu alasan untuk meremehkannya, kerana itulah yang akan menjadi sebab engkau tidak akan memperoleh ilmu, dan siapakah orangnya yang tidak pernah salah?”
“Hati-hati, jangan sampai membuat gusar guru anda, hindari perang urat saraf dengannya, dalam erti lain jangan menguji kemampuan ilmiah mahupun ketabahan guru anda. Dan, kalau engkau ingin berpindah belajar kepada guru lain, maka mintalah izin kepadanya, kerana sikap ini lebih menunjukkan bahawa engkau menghormatinya, serta lebih membuatnya mencintai dan menyayangimu.”