Tuesday, 28 May 2013

Saya Adalah Pesakit PID

Saraf terhimpit kerana gelinciran cakera ( PID )


saya copy arikel ini dari  kosmo online.. sebenarnya untuk sendiri, nak mengetahui tentang sakit diri sendiri yang benar2 mengganggu kehidupan saya... dengan pergerakan terbatas.., kesakitan yang sukar nak digambarkan., datangnya tiba2 tanpa signal... Allah sahaja yang tau.. sukar nak diceritakan dan digambarkan. Bulan 7/2013 ni akan menjalani pembedahan, namun rasa takut sangat tebal menyelubungi diri. Membaca bermacam2 dan melihat berbagai2, buat perasaan bercampur baur.. berjumpa dengan pesakit yang sembuh dgn pembedahan rasa selamat je nak bedah, tapi bila bertemu dgn sahabat yang tidak menunjukkan kejayaan dalam operation tersebut, terasa gerun je.. appointment dgn doktor bulan 7 ni dalam bulan puasa pulak tu.... terfikirkan kegembiraan dan keperluan anak2.... rasa kebas belakang paha sebenarnya petanda abnormaliti saraf tunjang. selama ini ingatkan kesan aktiviti / pergerakan yang berlebihan je... rasa sakit yang menjalar2..,jari dan tangan kerap kekejangan.... dalam kesejukan, sakit paling terasa, terutamanya selepas mandi..., waktu malam semasa nak melelapkan mata, rasa sakitnya mampu mengundang airmata tanpa ditahan2.. 
Sebenarnya ada 2 perkara besar pada pesakit PID;

1> HIMPITAN  pada dalam atau luar saraf, memberi  impak terhadap postur tubuh, kemampuan anggota tangan dan kaki serta kesakitan semasa berjalan.

2> KEKEBASAN ataupun rasa menjalar2 seperti aliran arus elektrik  di bahagian kaki atau belakang paha.

Mula2 terasa sakit dahulu : sekitar 2011 kot, saya hanya menyapukan bam panas atau mengurut, lazimnya rasa sakit tu hilang seketika, selepas makan panadol, bolehlah tidur.kesakitan dan rasa kebas tersebut hilang seketika, namun ia menyerang kembali tanpa mengira waktu. Dalam istilah perubatan, kebas ataupun disebut  paresthesia adalah  satu keadaan di mana  anggota badan seperti kaki dan tangan tidak boleh merasa atau hilang kawalan untuk memegang sesuatu. Saya masih ingat waktu tu bulan Julai 2012.. rasanya dah hampir setahun jugak asyik makan panadol dan sapu bam.., akhirnya pada satu pagi, saya tidak mampu untuk bangun. kaki kiri dan bahagian belakang saya terasa sangat sakit dan tidak boleh digerakkan.. Ish>>> sekeras2 hati dan sekebal2 manusia.. akhirnya tumpah jugak airmata. anak2 sume xpegi sekolah hari tu, selepas digosok2 dgn bam.., pukul 11 pagi saya ke klinik habsah.. xbgtau sesiapapun tentang sakit ni.. dapat injection dan 3 hr mc.. selepas tu bole lah keje mcm biasa. selepas seminggu, sakit tu menyerang lagi.. terasa lain sangat, saya terus inform dr badli, beliau uruskan saya bertemu pakar ORTHOPEDIC , warded untuk 6 hari.. selepas 6 hari tu, homeleave 2 weeks sebelum buat MRI... 
Keputusan MRI itulah yang merubah kehidupan saya sejak hampir setahun yang lalu.... 

Berdasarkan pembacaan saya, menurut Pakar Perunding Neurosurgeri (Bedah Otak dan Saraf) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Azmi Alias, keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlanjutan.
Tekanan terhadap saraf

“Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang,” katanya.

Azmi menjelaskan, gejala tersebut boleh berlaku akibat penyakit berkaitan saraf tunjang dan akar saraf yang secara umumnya dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Extradural (25 peratus), Intradural extramedullary (50 peratus) dan Intradural intramedullary (25 peratus), berdasarkan kepada kedudukannya dengan selaput saraf tunjang atau dikenali sebagai Dura Matter.
Tekanan terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar.

“Tekanan terhadap akar saraf pula menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis,” jelasnya.

Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.

“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.

Bagi kategori kedua iaitu Intradural Extramedullary, ia berlaku akibat penyakit di dalam selaput dura tetapi di luar saraf tunjang seperti ketumbuhan Meningioma dan Schwannoma.

Bagi kategori ketiga pula, penyakit tersebut melibatkan saraf tunjang itu sendiri seperti ketumbuhan Ependymoma dan Astrocytoma, jangkitan saraf, penyakit vascular, syringomyelia dan demyelination.

Serang tidak kira masa

Menurut Azmi, gejala seperti kebas, rasa mencucuk pada mana-mana anggota tubuh terutama bahagian kaki perlu diambil perhatian oleh orang ramai.

“Malah, lemah anggota tangan atau kaki serta hilang kawalan pundi kencing dan sembelit memberi petanda terdapat masalah berkaitan saraf,” katanya.

Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.

Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.

“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.

Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.

“Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan gejala kebas seperti arteriosclerosis di mana salur darah di bahagian kaki menjadi lebih sempit menyebabkan pesakit mengalami gejala intermittent claudication termasuk sakit atau kebas di bahagian kaki dan hanya boleh berjalan sehingga beberapa meter sahaja.

Tambahnya lagi, penghidap penyakit kencing manis juga boleh mengalami gejala kebas di hujung jari tangan dan kaki.

Penggantian cakera

Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.

“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.

Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.

Dalam pada itu, Azmi menjelaskan pesakit perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.

“Untuk pemeriksaan tersebut, salah satu caranya ialah penggunaan peta titik saraf sebagai rujukan dan dari situ, pakar dapat mengetahui bahagian sebenar tubuh yang bermasalah,” katanya sambil menunjukkan gambarajah tersebut.

Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.

Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.


Sebenarnya > saya bukan inginkan banyak... saya cuma mahu hidup normal seperti dahulu, saya rindukan aktiviti2 yang saya selalu lakukan > main sofbol, main badminton, bola tampar, bergurau senda dgn anak2...

sekarang ni xboleh... nak gurau2 sgt bimbang akan effect pada tulang blkg.
Saya rimas dgn keadaan ni... Saya sedih sbb bila kita sakit, ramai orang akan salah tafsir, memperlekehkan dan mempersoalkan, sedangkan meeka xrasa apa yang pesakit PID macam saya rasa.

Kerana mereka lihat saya boleh memandu macam biasa. > tapi, tahukah mereka betapa saya menahan setiap jeritan saraf saya, setiap kesakitan demi memuaskan hati banyak pihak?

>>> itu yang sebenarnya mereka tidak tahu...

No comments:

Post a Comment