Monday, 4 February 2013

Arthritis

Osteoarthritis

Osteoartritis ialah keadaan di mana terdapat kemusnahan pada rawan yag menyelaputi sendi-sendi. Ia lebih biasa didapati pada usia yang lanjut dan pada mereka-mereka yang menegangkan sendi mereka, contohnya pada mereka-mereka yang bekerja keras dan mereka-meraka yang terlampau gemuk. Sendi-sendi yang selalu terlibat adalah sendi pinggang, lutut dan tulang belakang.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Sakit dan pembengkakkan di bahagian sendi-sendi seperti di pinggang, lutut, tulang
    belakang, siku dan pada wanita, juga pada sendi-sendi di hujung jari.

v Terdapat sakit yang sela-menyela dan dilegai dengan berehat.
v Pergerakan yang terhad apabila penyakit semakin melarut disebabkan oleh kehilangan
    rawan.

Arthritis Reumatoid
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki. Perawatan yang awal harus dimulakan untuk mengurangkan kecaccatan.

Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v  Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
v  Kekakuan pada awal pagi.
v  Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
v  Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
v  Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.
v  Kelemahan dan kepenatan.
v  Demam bergred rendah.
v  Perasaan mencucuk pada bahagian-bahagian hujung badan.
v  Kekakuan otot apabila berada pada satu posisi untuk jangka masa yang lama.

Penting
Perawatan artiritis adalah berbeza mengikut jenis-jenis artritis. Adalah penting untuk berjumpa dengan doktor anda jika sebarang dari gejala-gejala dialami, agar penyiasatan dan rawatan yang berpatutan dapat diberikan
Penjagaan Kendiri
Jika dokltor anda memberitahu bahawa anda mengalami arthritis, perkara-perkara yang berikut harus dilakukan
v Jika kegemukan – kurangkan berat badan anda.
v Jadikan badan anda lebih lentur dan mudah bergerak. Senam setiap hari untuk
     meningkatkan kelenturan otot. Rangka program senaman dengan fisioterapis anda.

v Selang selikan rehat.
v Haba – Ambil mandian panas pada waktu pagi kerana haba memberikan kelegaan dan
    merehatkan otot-otot. Rawatan haba yang lain juga boleh dijalankan selepas berunding
    dengan doktor atau fisioterapis anda.

v Alat bantuan fizikal – bergantung kepada keadaan pesakit, seorang terapis pekerjaan
    boleh memberikan nasihat mengenai alat bantuan fizikal yang bersesuaian.

Gaya Hidup

v Senaman dan istirehat yang sederhana adalah penting. Jika terdapat pembengkakkan
    atau kesakitan, sendi yang terlibat haruslah dibiar berehat

v Elakkan dari menegangkan sendi-sendi. Gunakan sendi yang lebih besar untuk melakukan
    sesuatu pekerjaan, misalannya, untuk membuka pintu, gunakan seluruh lengan anda dan
    bukannya menggunakan tangan sahaja.

v Sebarkan berat sama rata pada sendi anda, misalannya, gunakan kedua-dua lengan untuk
    mengangkat buku dari menggunakan satu lengan sahaja.

v Makan makanan yang berkhasiat, seimbang dan kekalkan berat badan ideal.
v Atur aktiviti-aktiviti anda supaya pengeluaran yang maksima dapat dihasilkan dengan
    usaha yang minima.

v Sertai kumpulan sokongan artritis.
v Fikir secara positif dan ceria selalu.
Elak

v Menegangkan sendi-sendi yang terlibat.
v Mengangkat objek – gunakan roda atau gelincirkannya.
v Berada pada satu posisi yang sama pada jangka waktu yang lama
v Memakai kasut yang tidak berpadanan.
v Membiarkan sakit mengganggu moral anda.
Cara hidup dengan Arthritis

v Gunakan alatan baru untuk membantu keperluan harian anda tanpa menegangkan
    sendi-sendi.

v Berhubung dengan kenalan baru yang berkongsi masalah yang serupa
v Nikmati kehidupan dan kenali penyakit dengan lebih lanjut

No comments:

Post a Comment