PISANG murah dan mengandungi potasium yang amat berguna dalam menentang masalah kesihatan seperti strok.
PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.
Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.
Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.
Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.
“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.
“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.
“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.
“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.
Khasiat
“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.
Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.
Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.
Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.
Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.
Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.
“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.
Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.
Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.
Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.
“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.
“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.
Laris
Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.
Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.
Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.
Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.
“Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.
“Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.
“Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.
“Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.
“Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.
“Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.
Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.
Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.
“Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.
“Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.
“Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.
Sunday, 28 September 2014
Apa Yang Lelaki Suka dan Tak Suka
Lelaki suka:
* Sikap kelakar
* Budi pekerti dan kesopanan
* Murah hati
* Senyuman manja
* Pandai memasak
* Pandai dalam mengenakan pakaian
* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
* Tak mudah naik angin
* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
* Tak terlalu seksi dalam berpakaian
* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
* Berwawasan atau bercita-cita tinggi
* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
* Sikap keibuan
* Sukakan kanak-kanak
* Suara lembut tanpa dibuat-buat
* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
* Tahu bersyukur
* Pandai berjimat-cermat
* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka:
* Wanita yang suka mengumpat
* Sombong dan bongkak
* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
* Hisap rokok
* “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
* Wanita yang hipokrit
* Pembohong dan suka mencari alasan
* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
* Pengotor dan pemalas
* Tak bertanggungjawab langsung
* Tak pandai mengemas
* Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
* Kuat berleter walau hal remeh temeh
* Boros berbelanja
* Tak tahu memasak
* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
* “Queen Control” atau suka mengarah-arah
* Tak pandai bergaya atau selekeh
* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
* Panas baran
* Kuat merajuk dan sukar dipujuk
* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego.

Jika anda ada kesemua ciri2 tersebut pastinya anda layak segera layak menjadi seorang isteri sejati.
Sesuatu dan Penyakit
Tiap sesuatu itu ada penyakitnya:-
Penyakit bicara adalah bohong
Penyakit ilmu adalah lupa
Penyakit ibadah adalah riak
Penyakit budi pekerti adalah memuji diri
Penyakit berani adalah takut
Penyakit pemurah adalah menyebut pemberian
Penyakit cantik adalah sombong
Penyakit bangsawan adalah membangga diri
Penyakit malu adalah lemah
Penyakit mulia adalah kedekut
Penyakit agama adalah hawa nafsu.

KISAH ORANG YANG LEMAH
Mengata diri anda lemah sebelum benar-benar terbukti anda lemah adalah kelemahan anda yang paling lemah.
Kisah Orang Berilmu
Orang yang berilmu itu menyedari bahawa:
1) Timbulnya keinsafan dari kemahuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan
2) Timbulnya kemahuan dari keinginan
3) Timbulnya keinginan dari kepercayaan
4) Timbulnya kemajuan dari perubahan
5) Timbulnya kepandaian dari kerajinan
6) Timbulnya kesihatan dari kebersihan
7) Timbulnya cinta dari mata
8) Timbulnya dengki dari iri hati
9) Timbulnya kekuatan dari persatuan
Renungan Bersama
Jika kelmarin tersungkur,
Tapi hari ini….
Bangunlah dari lena kealpaan,
Tegak di atas tugu perjuangan,
Melangkah di atas landasan pertimbangan,
Mara di atas dasar kesedaran,
Berlari di atas sinar keyakinan.
Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur.
“Umar Al-Khatab”

Kisah orang yang bahagia
Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca, kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu untuk tertawa, kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir, kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu untuk beribadat kerana beribadat itu ialah ibu daripada segala ketenangan jiwa.
Renungan dari Imam Shafie
Aku menyayangi sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah yang seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yang tidak luntur dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya…..
“ Imam Shafie”
“ Imam Shafie”
Wangi-wangian
Minyak wangi buat jin muntah.... Bau wangi merupakan santapan roh, ianya dapat menyegarkan jiwa, memberi kesegaran rohani dan dapat membangkitkan semangat dalaman seseorang. Bau wangi dikatakan dapat membersihkan otak dan jantung serta setiap organ dalaman tubuh manusia.
Bau-bau wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya, manakala syaitan-syaitan amat membencinya, kerana diantara perkara yang disukai syaitan adalah bau yang busuk dan menjijikkan. Sudah beberapa kali menyapukan minyak wangi dihidung pesakit yang kerasukan ketika rawatan, hasilnya 99% dari mereka akan termuntah, jin yang menganggu akan komplen minyak wangi itu terlalu busuk untuk mereka hidu. Kerana itulah diantara tanda-tanda mereka yang mengalami masalah gangguan jin, adalah tidak suka pada bau-bau wangian.
Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi manakala roh yang jahat akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung pada bau yang sesuai dengannya. Ada riwayat mengatakan Nabi Sulaiman a.s adalah orang yang mula-mula mengetahui sifat-sifat penyembuhan pada herba dan bunga-bungaan. Setiap bunga, pokok dan tumbuh-tumbuhan mempunyai bentuk zahir dan juga rohnya (fizikal dan spiritual). Disinilah timbulnya ilmu aromatherapy, iaitu cara merawat penyakit dengan menggunakan bau-bauan. Haruman-haruman tersebut dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti menekan bunga sehingga minyak keluar dari kelopaknya atau dengan menyuling air melalui kelopak bunga dan berbagai-bagai cara lagi. Minyak wangi yang mengandungi alkohol tidak sesuai untuk tujuan rawatan atau membuat ubat. Ini adalah kerana campuran alkohol pada zat bunga itu, akan "membunuh" zat bunga tersebut. Didalam alam kesufian, minyak wangi digunakan pada setiap peringkat perkembangan perasaan (tingkatan-tingkatan perasaan). Ianya bertujuan untuk mempengaruhi emosi dan pusat-pusat kerohanian. Contohnya seperti minyak cendana, disyorkan apabila hendak melakukan amalan kerohanian yang serius kerana ianya dapat mendiamkan egoisma badan terutamanya berkenaan dengan tenaga batin.
Begitu juga dengan minyak bunga ros, ianya dapat membersih dan mempertingkatkan kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual. Untuk tujuan rawatan dan membenteng diri dari gangguan jin, minyak wangi boleh dibacakan dengan surah-surah seperti Al-Fatihah, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas serta ayatul Qursi, atau boleh dibacakan dengan apa juga ayat-ayat al-quran, selawat atau zikir-zikir tertentu. Ianya juga boleh digunakan untuk tujuan pelaris dan pemanis. Cuma ianya memerlukan kaedah-kaedah yang khusus dan niat yang baik dari si pemakai. Ini adalah untuk mengelakkan kehadiran jin pendamping.

Saturday, 27 September 2014
MENGESAN SIHIR
Bagaimana Kita Hendak Tahu Kediaman/Kedai/Pejabat/Perniagaan Kita Di SIHIR.
1. Berdiri dihadapan Kediaman/Kedai/Pejabat.
2. Mengucap Kalimah Syahadah 1x.
3. Selawat 3x
4. Al-Fatihah 1x (sampai di ayat ke 5 niatkan didalam hati)
5. Surah Al-Zalzalah Ayat 1-8 1x.
6. Surah Yassin Ayat 82 1x (sampai diperkataan Kunn berhenti niat supaya Allah tunjukkan kemudian sambung fayakun).

Sekiranya ada sesuatu yang tertanam dengan izin Allah ia akan timbul atau kita akan merasa Pening,Panas,sesuatu angin menuju ke arah kita atau kita terlihat satu lintasan,..Jika anda mempunya tanda2 tersebut, carilah Pusat Rawatan Islam yang berhampiran bagi tujuan baik pulih Kediaman/kedai/pejabat anda . Insya Allah
Wednesday, 24 September 2014
De Quervain's Tenosynovitis
Apa itu De Quervain's Tenosynovitis?
De Quervain tenosinovitis adalah keradangan tendon pada sisi pergelangan tangan di pangkalan ibu jari.De Quervain tenosinovitis boleh menyebabkan diri mengalami kecederaan seperti ketegangan secara tidak langsung. Sebab-sebab terjadinya ketegangan ini termasuklah mengangkat benda-benda berat seperti pasu bunga, mengangkat batu bata dan lain-lain lagi.
De Quervain's Tenosynovitis boleh di bantu di Pusat rawatan THE TOLE Neuro Akupunktur. Dengan pengalaman yang ada pada Master , kami yakin anda pasti berpuas hati terhadap perkembangan penyakit anda itu. Selain itu THE TOLE juga menyediakan ubatan herba Chinese yang di rumus khas oleh Master mengikut keadaan pesakit.
|
Wednesday, 17 September 2014
DODOI ANAK
Pejamkan mata anakku sayang
Dalam buaiain ibu dodoikan
Ibu berdoa kepada Tuhan
Minta jauhkan gangguan syaitan
Harum mewangi si bunga melur
Putih berkembang di hujung laman
Anakku manis lekaslah tidur
Ibumu ini banyak tugasan
Baiknya laku bekal dunia
Eloknya budi bekalnya mati
Cantiknya rupa mainan mata
Indah bahasa penambat hati
Cepatlah besar anakku ini
Boleh kuhantar tempat belajar
Menghadap guru lebai dan haji
Dunia akhirat biar sejajar
Pergi ke hulu membeli buyung
Buyung dibawa pulang bertiga
Jadikan ilmu sebagai payung
Payung hidupmu di hari muka
Menanam temu dikampung sana
Tanam bersama dengan halia
Kalau hidupmu sudah sempurna
Ibu dan bapa tumpang bahagia
Asalnya kain jadi pakaian
Ditiup angin jatuh ke lumpur
Biar menangis dalam buaian
Jangan menangis di dalam kubur
GURINDAM DUA BELAS
Bermula inilah rupanya syair.
Dengarkan tuan suatu rencana
Mengarang di dalam gundah gulana
Barangkali gurindam kurang kena
Tuan betulkan dengan sempurna
Mengarang di dalam gundah gulana
Barangkali gurindam kurang kena
Tuan betulkan dengan sempurna
Inilah arti gurindam yang di bawah syatar ini
Persamaan yang indah-indah
Yaitu ilmu yang memberi faedah
Aku hendak bertutur
Akan gurindam yang beratur
Yaitu ilmu yang memberi faedah
Aku hendak bertutur
Akan gurindam yang beratur
INI GURINDAM PASAL YANG PERTAMA
Barang siapa tiada memegang agama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Segala-gala tiada boleh dibilang nama
Barang siapa mengenal yang empat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat
Maka yaitulah orang yang ma’rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Suruh dan tegaknya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Maka telah mengenal akan Tuhan yang bahri
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah ia barang yang terpedaya
Tahulah ia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah ia dunia mudharat
Tahulah ia dunia mudharat
INI GURINDAM PASAL YANG KEDUA
Barang siapa mengenal yang tersebut
Tahulah ia makna takut
Tahulah ia makna takut
Barang siapa meninggalkan sembahyang
Seperti rumah tiada bertiang
Seperti rumah tiada bertiang
Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah mendapat dua termasa
Tidaklah mendapat dua termasa
Barang siapa meninggalkan zakat
Tiadalah hartanya beroleh berkat
Tiadalah hartanya beroleh berkat
Barang siapa meninggalkan haji
Tiadalah ia menyempurnakan janji
Tiadalah ia menyempurnakan janji
INI GURINDAM PASAL YANG KETIGA
Apabila terpelihara mata
Sedikitlah cita-cita
Sedikitlah cita-cita
Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tiadalah damping
Khabar yang jahat tiadalah damping
Apabila terpelihara lidah
Niscaya dapat daripadanya faedah
Niscaya dapat daripadanya faedah
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
Daripada segala berat dan ringan
Daripada segala berat dan ringan
Apabila perut terlalu penuh
Keluarlah fi’il yang tidak senonoh
Keluarlah fi’il yang tidak senonoh
Anggota tengah hendaklah ingat
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Di situlah banyak orang yang hilang semangat
Hendaklah peliharakan kaki
Daripada berjalan yang membawa rugi
Daripada berjalan yang membawa rugi
INI GURINDAM PASAL YANG KEEMPAT
Hati itu kerajaan di dalam tubuh
Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh
Jikalau zalim segala anggota tubuh pun rubuh
Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah
Mengumpat dam memuji hendaklah pikir
Di situlah banyak orang yang tergelincir
Di situlah banyak orang yang tergelincir
Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang akal di kepala
Nanti hilang akal di kepala
Jika sedikitpun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung
Tanda orang yang amat celaka
Aib dirinya tiada ia sangka
Aib dirinya tiada ia sangka
Bakhil jangan diberi singgah
Itulah perompak yang amat gagah
Itulah perompak yang amat gagah
Barang siapa yang sudah besar
Janganlah kelakuannya membuat kasar
Janganlah kelakuannya membuat kasar
Barang siapa perkataan kotor
Mulutnya itu umpama ketor
Mulutnya itu umpama ketor
Di manakah salah diri
Jika tidak orang lain yang berperi
Jika tidak orang lain yang berperi
Pekerjaan takbur jangan direpih
Sebelum mati didapat juga sepih
Sebelum mati didapat juga sepih
INI GURINDAM PASAL YANG KELIMA
Jika hendak mengenal orang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa
Lihat kepada budi dan bahasa
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia-sia
Sangat memeliharakan yang sia-sia
Jika hendak mengenal orang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia
Lihatlah kepada kelakuan dia
Jika hendak mengenal orang yang berilmu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu
Bertanya dan belajar tiadalah jemu
Jika hendak mengenal orang yang berakal
Di dalam dunia mengambil bekal
Di dalam dunia mengambil bekal
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
Lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai
INI GURINDAM PASAL YANG KEENAM
Cahari olehmu akan sahabat
Yang boleh dijadikan obat
Yang boleh dijadikan obat
Cahari olehmu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Cahari olehmu akan isteri
Yang boleh menyerahkan diri
Yang boleh menyerahkan diri
Cahari olehmu akan kawan
Pilih segala orang yang setiawan
Pilih segala orang yang setiawan
Cahari olehmu akan abdi
Yang ada baik sedikit budi
Yang ada baik sedikit budi
INI GURINDAM PASAL YANG KETUJUH
Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta
Di situlah jalan masuk dusta
Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itu tanda hampirkan duka
Itu tanda hampirkan duka
Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat
Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih
Jika besar bapanya letih
Apabila banyak mencacat orang
Itulah tanda dirinya kurang
Itulah tanda dirinya kurang
Apabila orang yang banyak tidur
Sia-sia sajalah umur
Sia-sia sajalah umur
Apabila mendengar akan kabar
Menerimanya itu hendaklah sabar
Menerimanya itu hendaklah sabar
Apabila mendengar akan aduan
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan
Apabila perkataan yang lemah lembut
Lekaslah segala orang mengikut
Lekaslah segala orang mengikut
Apabila perkataan yang amat kasar
Lekaslah orang sekalian gusar
Lekaslah orang sekalian gusar
Apabila pekerjaan yang amat benar
Tidak boleh orang berbuat onar
Tidak boleh orang berbuat onar
INI GURINDAM PASAL YANG KEDELAPAN
Barang siapa khianat akan dirinya
Apalagi kepada lainnya
Apalagi kepada lainnya
Kepada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau percaya
Orang itu jangan engkau percaya
Lidah suka membenarkan dirinya
Daripada yang lain dapat kesalahannya
Daripada yang lain dapat kesalahannya
Daripada memuji diri hendaklah sabar
Biar daripada orang datangnya kabar
Biar daripada orang datangnya kabar
Orang yang suka menampakkan jasa
Setengah daripadanya syirik mengaku kuasa
Setengah daripadanya syirik mengaku kuasa
Kejahatan diri disembunyikan
Kebajikan diri diamkan
Kebajikan diri diamkan
Ke’aiban orang jangan dibuka
Ke’aiban diri hendaklah sangka
Ke’aiban diri hendaklah sangka
INI GURINDAM PASAL YANG KESEMBILAN
Tahu pekerjaan tak baik tetapi dikerjakan
Bukannya manusia yaitulah syaitan
Bukannya manusia yaitulah syaitan
Kejahatan seorang perempuan tua
Itulah iblis punya penggawa
Itulah iblis punya penggawa
Kepada segala hamba-hamba raja
Di situlah syaitan tempatnya manja
Di situlah syaitan tempatnya manja
Kebanyakan orang yang muda-muda
Di situlah syaitan tempat bergoda
Di situlah syaitan tempat bergoda
Perkumpulan laki-laki dengan perempuan
Di situlah syaitan punya jamuan
Di situlah syaitan punya jamuan
Adapun orang tua(h) yang hemat
Syaitan tak suka membuat sahabat
Syaitan tak suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru
Dengan syaitan jadi berseteru
Dengan syaitan jadi berseteru
INI GURINDAM PASAL YANG KESEPULUH
Dengan bapa jangan derhaka
Supaya Allah tidak murka
Supaya Allah tidak murka
Dengan ibu hendaklah hormat
Supaya badan dapat selamat
Supaya badan dapat selamat
Dengan anak janganlah lalai
Supaya boleh naik ke tengah balai
Supaya boleh naik ke tengah balai
Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangannya jadi kapil
Supaya tangannya jadi kapil
INI GURINDAM PASAL YANG KESEBELAS
Hendaklah berjasa
Kepada yang sebangsa
Kepada yang sebangsa
Hendak jadi kepala
Buang perangai yang cela
Buang perangai yang cela
Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat
Buanglah khianat
Hendak marah
Dahulukan hujjah
Dahulukan hujjah
Hendak dimalui
Jangan memalui
Jangan memalui
Hendak ramai
Murahkan perangai
Murahkan perangai
INI GURINDAM PASAL YANG KEDUABELAS
Raja mufakat dengan menteri
Seperti kebun berpagarkan duri
Seperti kebun berpagarkan duri
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja
Tanda jadi sebarang kerja
Hukum adil atas rakyat
Tanda raja beroleh inayat
Tanda raja beroleh inayat
Kasihkan orang yang berilmu
Tanda rahmat atas dirimu
Tanda rahmat atas dirimu
Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan cindai
Tanda mengenal kasa dan cindai
Ingatkan dirinya mati
Itulah asal berbuat bakti
Itulah asal berbuat bakti
Akhirat itu terlalu nyata
Kepada hati yang tidak buta
Kepada hati yang tidak buta
VISI CINTA AGUNG
Oleh Kelana Putra
Sumpah setia cinta agung
dari Dia, kerana Dia, untuk Dia
cermin hati tenang jiwa
satu makna sejuta harapan
Berbunga berputik di celah kemelut dunia
gunung iman bertunjang memasak bumi
cahaya ilmu menyilau siang menerangi malam
sungai amal menyusur ke lautan ihsan
Anugerah kepada para ambia’ dan wali
belaian asmara, rindu dendam, mabuk cinta
serah diri tiada berpaling kepada dunia
siang malam merindui kekasihNya
Berkorban jiwa, harta dan apa sahaja
Mata hati menyelami hakikat dan makrifat
Mekar mewangi tersohor dalam mahligai syurga
Sabar setia cinta pada Tuhan Yang Maha Esa
Kelana Putra
TAMAN PERMATA
KUALA LUMPUR
TITIP RINDU BUAT AYAH
Oleh Satria
Bila masa berkata, maka
Rindu akan terurai panjang
Bila masa berbisik,maka
Rindu kemabali membayang
Syair ini kutulis untuk mengenangmu
Sosok indah dalam hati bunda
Yang tak pernah bisa ku tau
Yang tak pernah bisa ku raba
Tuhan jika ini makna kesempurnaan hidupku, maka ku ikhlas tanpanya
Tuhan jika ini adalah jalan hidupku,
Maka kuatkan aku untuk melaluinya.
Ayah....
Sang kesatria tampan, kuat, tabah,
Penuh kasih. Setidaknya itu bayangan dirimu yang aku dengar dari bunda
Ayah...
Meski kelahiranku tanpa suara takbir darimu,
Tanpa perjalan hidupku tanpa belaianmu,
Tanpa tegurmu dikegelisahanku
Tapi aku akan tetap belajar untuk mengenalmu lehih dalam
Belajar memanghil namamu
Belajar memahami kelebihanmu
Untuk kujadikan pedomanku.
Jangan gundah engkau disana Ayah...
Karna aku akan menjaga amanahmu
Menjaga bunda. Menjaga hatinya agar tak teluka.
Ini kulakukan sebagai wujud cintaku kepadamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)